Kenapa emas dan sutera diharamkan pada lelaki

1.0 PENGENALAN: APA ITU EMAS?


       Emas ialah unsur semula jadi dengan simbol Au dan nombor atom 79. Ia adalah logam bernilai tinggi yang telah dihargai oleh tamadun manusia selama beribu-ribu tahun. Warna kuning dan kilauannya yang tersendiri menjadikannya menarik secara visual, tetapi ia juga dihargai kerana jarang, ketahanan dan kegunaannya dalam pelbagai aplikasi.




Salah satu sifat emas yang paling unik ialah ia adalah logam tidak reaktif, bermakna ia tidak menghakis atau luntur seperti logam lain seperti besi atau tembaga. Ini menjadikannya bahan yang sesuai untuk barang kemas, syiling dan barangan hiasan lain yang bertujuan untuk bertahan selama beberapa generasi. Emas juga merupakan pengalir elektrik yang sangat baik dan digunakan dalam banyak peranti elektronik, seperti telefon bimbit, komputer, dan satelit.




Emas ditemui di alam semula jadi dalam pelbagai bentuk, seperti nugget, kepingan, dan bijirin, tetapi biasanya ia diekstrak dari bumi sebagai sebahagian daripada bijih yang mengandungi logam lain seperti perak, tembaga, dan plumbum. Perlombongan emas adalah proses kompleks yang melibatkan gabungan proses fizikal dan kimia untuk mengekstrak dan menapis logam. Kaedah pengekstrakan yang paling biasa adalah melalui larut lesap sianida, satu proses yang melibatkan pencampuran bijih yang dihancurkan dengan larutan sianida yang lemah untuk melarutkan emas.




Sepanjang sejarah, emas telah memainkan peranan penting dalam ekonomi dan budaya banyak tamadun. Ia telah digunakan sebagai mata wang, penyimpan nilai, dan simbol kekayaan dan kuasa. Orang Mesir purba, Yunani, dan Rom semuanya menggunakan emas dalam syiling dan barang kemas mereka, dan ia merupakan komoditi berharga di Eropah zaman pertengahan. Hari ini, emas kekal sebagai aset pelaburan penting dan simbol prestij dan kekayaan.




Nilai emas ditentukan oleh pelbagai faktor, termasuk penawaran dan permintaan, keadaan ekonomi, dan peristiwa geopolitik. Ia sering dilihat sebagai aset selamat semasa kegawatan ekonomi atau politik, kerana ia dianggap sebagai simpanan nilai yang boleh dipercayai dan lindung nilai terhadap inflasi. Harga emas juga dipengaruhi oleh pergerakan pasaran kewangan lain, seperti saham dan bon, kerana pelabur sering beralih kepada emas sebagai alat kepelbagaian dalam portfolio mereka.




Secara ringkasnya, emas adalah logam berharga dan serba boleh yang telah memainkan peranan penting dalam sejarah manusia. Sifat unik dan kekurangannya telah menjadikannya bahan berharga untuk barang kemas, mata wang dan aplikasi perindustrian, manakala nilai yang dilihat sebagai aset selamat telah menjadikannya pilihan pelaburan yang popular untuk individu dan institusi.


2.0 Ayat Al-quran & hadith


Rasulullah SAW bersabda:


أُحِلَّ لِإِنَاثِ أُمَّتِي، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا


Maksudnya: Halal bagi umatku yang perempuan, dan haram bagi kaum lelaki dalam umatku.


Hadis riwayat Imam Ahmad (19502)


Demikian, jelaslah emas itu haram bagi kaum lelaki.


 Emas itu adalah sebagai perhiasan didalam syurga bagi mereka yang beriman.


اُولٰۤىِٕكَ لَهُمْ جَنّٰتُ عَدْنٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهِمُ الْاَنْهٰرُ يُحَلَّوْنَ فِيْهَا مِنْ اَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَّيَلْبَسُوْنَ ثِيَابًا خُضْرًا مِّنْ سُنْدُسٍ وَّاِسْتَبْرَقٍ مُّتَّكِىِٕيْنَ فِيْهَا عَلَى الْاَرَاۤىِٕكِۗ نِعْمَ الثَّوَابُۗ وَحَسُنَتْ مُرْتَفَقًا


Maksudnya; Mereka itulah yang memperoleh Surga ‘Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; (dalam surga itu) mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. (Itulah) sebaik-baik pahala dan tempat istirahat yang indah.


(Alkahfi 18:31)


Hukum islam berkaitan


 Hukumnya terbahagi kepada 2; 


1. Keharusan kerana hajat ataupun darurat, contohnya dari segi kesihatan. Maka ini dibolehkan. Dalilnya berdasarkan hadis berikut.


Daripada Abdurrahman bin Tarafah:


أَنَّ جَدَّهُ عَرْفَجَةَ بْنَ أَسْعَدَ قُطِعَ أَنْفُهُ يَوْمَ الْكُلَابِ، فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ وَرِقٍ، فَأَنْتَنَ عَلَيْهِ، فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ ذَهَبٍ


Maksudnya: Bahawa atuknya ‘Arfajah bin As’ad terpotong hidungnya pada hari Peperangan Kulab. Kemudia dia memasang acuan hidung daripada bahan perak, lalu baunya busuk dan mengganggu beliau, maka Nabi SAW menyuruhnya mengambil hidung daripada jenis emas.


Hadis riwayat Imam Abu Daud (4232) dalam Sunan-nya


2. Pemakaian bagi tujuan perhiasan atau selain daripada *perubatan* seperti pen yang diletak dipoket, dan jam tangan. Maka hukumnya tidak dibolehkan.  Ini berdalilkan sebuah hadis daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA:



إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي



Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.


3.0  PEMBUKTIAN PENGHARAMAN PEMAKAIAN EMAS DAN SUTERA 


3.1 DARI SUDUT SAINS


Menurut ahli sains , emas banyak kesan buruk kepada lelaki . Antara kesan buruknya ialah dapat menyebabkan dapat menembusi kulit dan masuk kedalam saluran darah manusia yang mampu memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan kepada pemakai ini kerana kondisi dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan seorang wanita.


3.2 HURAIAN TENTANG PENHARAMAN EMAS KEPADA LELAKI DARI SEGI SAINTIFIK


Para ahli kimia menyimpulkan bahawa partikel emas memang mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam salur darah manusia, yang boleh memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan pada si pemakai.

Ahli sains menyimpulkan bahawa partikel emas mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah manusia yang mampu memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan kepada pemakaiDari sudut sains menjelaskan bahawa kondisi dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan seorang wanita.

Perhiasan emas yang kita pakai juga bukanlah seratus peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang kemas adalah dalam bentuk 18 dan 22 karat.

Ini bermakna jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi dibentuk daripada perak, tembaga, zink atau paladium.

Tujuan utama menambahkan logam lain adalah untuk menguatkan produk tersebut dan emas campuran yang tahan lasak ini dipanggil aloi emas.

Kesan penggunaan emas terhadap kulit sebenarnya sudah dikaji oleh seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan bernama william S. Rapson.

Daripada penyelidikannya mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida.

Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.

Partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan.

Tambahan pula, lelaki lebih cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar berbanding wanita. Ini menyebabkan lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita.

Apabila partikel emas sudah masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan protein terkumpul. Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberikan impak kepada sistem kardiovaskular lelaki.

Penemuan baru oleh pasukan penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF), mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik.

Kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit-pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).

Wanita tidak menderita masalah tersebut kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak ada pada lelaki iaitu hormon estrogen. Dari segi kesihatan, hormon ini membantu hal-hal mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya semasa haid, saluran darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan perjalanan serta pengeluaran darah.

Walaupun lelaki juga memiliki hormon estrogen, tapi ia sangat sedikit malah fungsinya juga tidak diketahui. Malah, estrogen lelaki cuma berkeadaan statik dan saluran darah mereka tidak mengalami pengembangan seperti wanita.

Jadi, jika sekiranya ada partikel emas memasuki badan lelaki, partikel berbahaya itu akan menyumbat saluran darah dan sebab itulah kenapa lelaki cenderung mengalami masalah kesihatan seperti kardiovaskular.

Selain itu, dari sudut metafizik sains, lelaki bersifat +ve dan unsur emas juga +ve. Maka ianya berlawan dari segi magnet dan gelombangnya. Tekanan ini menyebabkan tulang akan mudah membengkok dan rapuh.

Emas adalah berwarna kuning oren dalam sistem gelombang adalah berelektrik untuk fungsi adrenalin buah pinggang. Maka ianya memberi kesan buruk ketahanan sistem buah pinggang dan perkumuhan. Penyakit gout, sendi dan batu karang mudah berlaku.


4.0 PERBAHASAN ULAMA TENTANG PENGHARAMAN LELAKI MEMAKAI EMAS

Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara’ bin Azib Radhiyallahu ‘anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim

Menurut pandangan lain pula ,Dari Abi Musa RA bahawa Rasulullah saw bersabda, ”Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya..” [HR Tirmizi dengan sanad hasan sahih

Selain itu , ada pandangan lain juga mengatakan Dari Abu Musa bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan keduanya terhadap kaum lelaki.

Dalam Syarah Sahih Muslim, Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa ijmak ulama yang haram lelaki memakai cincin emas dan apa-apa jenis perhiasan emas juga. Begitu juga kalau perhiasan itu separuh emas dan separuh bukan emas, tetapi juga haram hukumnya. Contohnya, cincin yang bahagian atasnya perak manakala bahagian bawahnya emas, hukumnya tetap haram.

Dalam isu pemakaian jam tangan emas, juga dibincangkan oleh Fatwa Lajnah Ad-Daimah. Ia menukilkan kata-kata Sheikh Ibnu Al-Uthaimin yang haram bagi lelaki memakai jam tangan emas, ia diharuskan bagi wanita sahaja. Ijmak ulama mengatakan apa jua jenis perhiasan yang berbentuk emas, haram bagi lelaki, harus bagi wanita.


5.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN EMAS

KEBAIKAN EMAS

-Dapat menjana pendapatan dengan menjual emas

-Dapat menyimpan kewangan dalam bentuk emas untuk masa hadapan


KEBURKAN EMAS

-Mendatangkan pelbagai penyakit kronik kepada lelaki

-Menimbulkan rasa riak apabila isteri memakainya di khalayak ramai


6.0 KESIMPULAN

Hukum pakai apa saja perhiasan emas adalah haram bagi lelaki dan harus bagi wanita. Apa jua jenis perhiasan termasuklah cincin, gelang, rantai dan sebagainya.


7.0 RUJUKAN

-https://akumuslim.asia/hukum-lelaki-pakai-emas/

-https://www.referensimakalah.com/2013/06/pendapat-ulama-tentang-memakai-emas.html

-https://mykmu.net/2021/11/12/sains-buktikan-lelaki-haram-memakai-emas/

-https://www.hargaemas.com.my/terkini/sebab-mengapa-lelaki-dilarang-memakai-emas/

-https://akumuslim.asia/hukum-lelaki-pakai-emas/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS